Paolo Maldini mengesahkan penjaga gol, Guanluigi Donnarumma, akan meninggalkan AC Milan secara perpindahan percuma.

Masa depan pemain kebangsaan Itali itu sudah lama mencetuskan spekulasi memandangkan kontraknya sudah hampir ke penghujung.

Pengarah Milan, Maldini, mendedahkan pemain berusia 22 tahun itu sedang meninggalkan kelab Serie A berkenaan.

Dia berkata dalam satu acara strim langsung di saluran Twitch skuad Rossoneri itu: "Saya fikir kita perlu mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang telah menyumbang dalam musim luar biasa ini.

"Gigio seorang pemimpin dan kerap menjadi kapten. Adakala ramai tidak sedar dengan menjadi profesional, ia bermakna anda perlu bersedia untuk menukar pasukan.

"Ia sukar untuk diterima, saya menyedarinya tetapi lebih sukar untuk meneruskan karier dengan hanya satu pasukan. Kita perlu menghormati mereka yang telah menymbangkan banyak perkara buat Milan dan perlu diingat bahawa Donnarumma amat menghormati kita.

"Ia boleh berlaku apabila tiba masanya untuk anda mengubah haluan. Saya hanya boleh mengucapkan selamat berjaya buatnya," katanya.

Donnarumma dilaporkan sedang dikaitkan dengan beberapa pasukan seperti Juventus, Barcelona dan Manchester United.

Penjaga gol Lille, Mike Maignan, difahamkan akan menggantikan tempat Donnarumma di San Siro.