Barisan penyerang import Sri Pahang di kedudukan bahaya dan mungkin disingkirkan setelah mempamerkan aksi longlai ketika diikat Terengganu 1-1 dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Meskipun melonjakkan diri dari tangga ke-11 kepada sembilan untuk keluar dari zon penyingkiran, jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh, menganggap ia masih belum selamat.

Posisi paling genting sudah semestinya bahagian serangan yang tumpul yang memaksa Dollah membuat pusingan-U dengan mengekalkan Yevhen Bokhasvili dan Lee Tuck dalam kesebelasan utama serta memasukkan Pedro Henrique dalam babak kedua, namun ia masih gagal memberikan impak dalam perlawanan itu.




Justeru, tanpa berselindung, Dollah akan merekrut penyerang import baru menjelang jendela perpindahan kedua liga yang dijangka dibuka 1 Mei depan.

"Saya inginkan pemain yang mampu memberi impak kepada pasukan.

"Apapun, pihak pengurusan boleh beri lampu hijau untuk kami membuat pemilihan.

"Saya tidak posisi penyerang, sudah enam perlawanan macam ini ," katanya dalam sidang akhbar.