Selepas sunyi daripada sebarang gelaran sepanjang dua musim ini, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, berharap anak buahnya mampu menebus maruah mereka dalam saingan Piala Malaysia bermula awal bulan depan.
Dollah mengakui pencapaian anak buahnya dalam saingan Liga Malaysia kian suram -- menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dengan 14 mata -- dan walaupun masih belum reda dengan masalah kecederaan pemain, pengendali berusia 57 tahun itu tetap mengharapkan keajaiban dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
"Semalam saya sudah bercakap kepada pemain bahawa kami sudah tiada apa-apa yang tinggal memadangkan dalam saingan liga juga kami tidak ke mana.
"Jadi, dalam Piala Malaysia ini adalah peluang untuk kami melakukan sesuatu buat pasukan.
"Selama ini ramai yang berkata Pahang adalah pasukan yang kuat tetapi dengan masalah kecederaan yang dialami, kami tidak dapat kedudukan yang baik dalam liga.
"Tetapi dalam saingan Piala Malaysia ini, Insya-Allah kami akan memberikan yang terbaik," katanya.
Pahang dibelenggu masalah kecederaan melibatkan tiga pemain import, iaitu Herold Goulon, Dickson Nwakaeme dan Adam Reed selain dua pemain tempatan, Faisal Halim dan Zuhair Aizat.
"Miki (Faisal) berkata bahawa Insya-Allah dia akan mula berlatih minggu depan dan Adam Reed juga akan mencuba (pulih secepat mungkin).
"Setakat ini, kesakitannya nampak OK tetapi keadaan mentalnya masih terganggu," tambah Dollah.
Muzaffar Musa
Sat Oct 24 2020


Laxman to be India's head coach in Zimbabwe as Dravid takes a break
Rahul Dravid will take a break before the Asia Cup, so VVS Laxman steps up to take India head coach duties in Zimbabwe.

Madrid ready to adapt if Asensio and Ceballos leave – Ancelotti
Marco Asensio and Dani Ceballos have less than a year remaining on their Real Madrid contracts, but Carlo Ancelotti hopes they will stay.

Now or never for Benzema with Ballon d'Or, but he has Mbappe's backing
Karim Benzema is the clear favourite for the 2022 Ballon d'Or, and Kylian Mbappe cannot imagine him coming up short.

Barcelona midfielder Nico completes Valencia loan move
Midfielder Nico Gonzalez will spend the 2022-23 season with Valencia after telling Barcelona boss Xavi he wants more first-team football.

De Ligt explains Juventus criticism, wants 'to get my Ajax game back'
Matthijs de Ligt thinks Bayern Munich will prove to be a better fit for him than Juventus were.

Terzic lauds 18-year-old 'game-changer' Bynoe-Gittens after subs save Dortmund
Jamie Bynoe-Gittens, 18, and Youssoufa Moukoko, 17, each came off the bench to score in Borussia Dortmund's comeback win at Freiburg.

Rumour Has It: Man Utd boss Ten Hag keen on Chelsea's Ziyech but faces resistance
New Manchester United boss Erik ten Hag is keen to lure Hakim Ziyech to Old Trafford, but not everyone at the club is on the same page.

Halep's 'fire back' as she topples Gauff to reach Canadian Open semi-finals, Haddad Maia extends run
Simona Halep claimed her 36th win for the 2022 season, while Beatriz Haddad Maia knocked off 12th seed Belinda Bencic in Toronto.

Retiring Serena drawn to face Raducanu in Cincinnati Masters first round blockbuster
Serena Williams' farewell tour moves to Cincinnati next week but she will have a tough first-up clash.

Hurkacz halts Kyrgios' form at Canadian Open, Auger-Aliassime routed by Ruud
Wimbledon runner-up Nick Kyrgios lost only his second match from his past 17 with Hubert Hurkacz moving into the semi-finals in Montreal.