Novak Djokovic telah beraksi "untuk mencipta sejarah" dan terkesan dengan terkanannnya sehingga tewas kepada Daniil Medvedev dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), kata bekas juara kejohanan itu, Dominic Theim, yang yakin pemain berusia 34 tahun berkenaan akan bangkit dengan lebih kuat pada 2022.

Medvedev memusnahkan impian Djokovic untuk menjadi pemain pertama memenangi kesemua empat kejohanan grand slam dalam satu musim sejak Rod Laver melakukannya pada 1969 apabila merekodkan kemenangan 6-4, 6-4, 6-4 dalam pertemuan final itu semalam

Djokovic kelihatan mengalirkan air matanya dalam set ketiga selepas impiannya untuk menambah gelaran Terbuka AS selepas memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Kejohanan Wimbledon, tidak kesampaian.

Tetapi Thiem yakin Djokovic akan bangkit daripada kekecewaan itu untuk menjadi lebih kuat menjelang 2022.



"Sebuah kejayaan paling besar terlepas daripada gengamannya," kata Thiem kepada Stats Perform.

"Saya menjangkakan dia akan kembali dengan kuat pada 2022. Saya fikir selepas dia memenangi Rolland Garros, semua orang bercakap mengenai 'calendar slam' -- bermula dengan 'golden slam' kemudian 'calender slam'.

"Dia berada dalam tekanan. Tiada siapa dapat rasakannya atau sesuatu seperti itu kerana ia melibatkan 'calendar slam'.

"Saya dapat rasakannya sedikit, mungkin sewaktu final tahun lalu atau dalam beberapa perlawanan penting. Pada satu tahap, anda tidak dapat mengelakkannya. Jadi, saya dapat rasa apa yang dirasakannya sepanjang perlawanan itu.

"Perkara seperti itu boleh berlaku dan ia akan menjadikan dia lebih kuat tahun depan apabila cakap-cakap dan tekanan mengenainya tidak sebesar itu lagi," katanya.