Mario Gotze telah menyertai gergasi Belanda, PSV selepas dia dilepaskan oleh Borussia Dortmund.

Bekas pemain Bayern Munich itu, yang memiliki 63 kap bersama Jerman, telah menandatani kontrak dua tahun bersama kelab Eindhoven itu.

Gotze, yang merupakan wira Jerman ketika Piala Dunia 2014, kini berusia 28 tahun dan bergelut untuk mendapatkan aksi konsisten dan tahap kecergasan sejak beberapa musim yang lalu.

Itu sebahagiannya disebabkan oleh keadaan metabolik yang melemahkan, namun Gotze telah membuat 21 penampilan buat Dortmund musim lalu dan berkata dia mempunyai 'banyak tawaran' sebelum bersetuju untuk berpindah ke Belanda.

"Saya terus berlatih dan menyesuaikan diri dengan pengembaraan baru. Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baru untuk menjalani latihan penuh dan mempersiapkan diri untuk perlawanan yang akan datang."

PSV yakin mereka telah menandatangani pemain yang mampu memberikan sumbangan besar.

Pengarah bola sepak PSV, John de Jong,menyifatkan kedatangan Gotze bagai 'kiriman tuhan', dan berkata, "Kami gembira kerana dia telah menandatangani kontrak dengan PSV. Kami sangat berbangga."