DFB Pokal: Gol tandukan dramatik Forsberg bawa Leipzig ke final

Muzaffar Musa
April 21, 2022 01:30 MYT
RB LEIPZIG 2 UNION BERLIN 1
RB Leipzig mara ke final DFB Pokal buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas gol tandukan dramatik Emil Forsberg memastikan kemenangan 2-1 mereka ke atas Union Berlin di Arena Red Bull awal pagi tadi.
Pada awalnya, Union kelihatan akan menempah tiket ke final bulan depan apabila mendahului seawal minit ke-25 tetapi Leipzig bangkit dalam babak kedua untuk mengesahkan kemaraan pada minit-minit terakhir.
Dengan beberapa siri percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan dalam babak pertama, Union membuktikan mereka lebih klinikal di depan gawang menerusi penyudah Sheraldo Becker.
Bagaimanapun, Leipzig memberikan amaran bahawa mereka akan bangkit dalam perlawanan itu menerusi penguasaan dominan sebelum Andre Silva menyempurnakan gol sepakan penalti pada minit ke-61.
Dan ketika perlawanan itu kelihatan akan berlarutan ke masa tambahan, Forsberg menanduk masuk jaringan kemenangan Leipzig pada minit ke-92 untuk membawa pasukannya ke final.

Football ? pic.twitter.com/GStOGGu5IZ

— RB Leipzig English (@RBLeipzig_EN) April 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #RB Leipzig #Union Berlin #DFB Pokal