Devan: Negeri Sembilan miliki kelebihan ke atas Terengganu

Ammar Hakim
Mac 15, 2023 09:10 MYT
Pengendali Negeri Sembilan FC, K. Devan, pula mengakui pasukannya mempunyai kelebihan untuk menghadapi Terengganu FC esok setelah 'lambat panas' dalam aksi terdahulu bertemu Kuala Lumpur City.
Skuad Jang hanya sempat beraksi selamat 27 minit susulan perlawanan berkenaan terpaksa ditunda akibat hujan lebat.
Begitupun, Devan menuntut jentera serangannya untuk tampil lebih tajam dalam misi mencipta kemenangan sulung, setelah sekadar menghasilkan satu gol daripada tiga aksi penuh musim ini.

Jangan lupa temujanji kita menentang Terengganu FC pada esok Khamis, 8.15 malam. ?? Dapatkan tiket perlawanan di Wisma PBNS. Tiket dijual bermula Rabu dan Khamis, dari 10.00 pagi - 5.00 petang. pic.twitter.com/XeoI50ra6Y

— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) March 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mungkin pemain-pemain agak keletihan selepas melewati tiga perlawanan dalam tempoh singkat. Kami kini mempunyai masa untuk membuat persiapan dan memastikan tahap kecergasan pemain di tahap terbaik. Ia dianggap sebagai kelebihan buat pasukan," kata Devan.
"Saya mahukan pemain akan beraksi secara seimbang ketika menyerang dan bertahan. Beraksi di laman sendiri, kami perlu bertahan dengan baik dan fokus ketika menyerang dan memastikan berjaya mengutip mata dalam perlawanan ini."
#liga super #K. Devan #Terengganu FC #Negeri Sembilan FC #Kuala Lumpur City #DemiLigaKita