Gerard Deulofeu menyifatkan legenda Brazil, Ronaldinho, merupakan idolanya dan meletakkan sasaran untuk mengembalikan prestasi terbaiknya di AC Milan.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai Everton bulan lalu secara pinjaman sehingga penghujung musim ini selepas diketepikan di Goodison Park oleh pengendali pasukan, Ronald Koeman.

Deulofeu memulakan karier di Itali dengan penuh bergaya, menghasilkan bantuan jaringan untuk gol kemenangan Milan ketika menewaskan Bologna 1-0 pada Rabu.

Pemain kelahiran Sepanyol itu berkata dia sudah selesa di San Siro dan mahu mengikut jejak langkah bekas bintang Barcelona dan Milan, Ronaldinho, dan membantu kelab untuk layak beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL).

"Saya berasakan Lionel Messi, Neymar dan Cristiano Ronaldo adalah antara pemain yang hebat tetapi idola saya adalah Ronaldinho," katanya.

"Permainan yang kreatif dipamerkan Ronaldinho telah memberikan inspirasi kepada saya.

"Saya tidak memikirkan mengenai masa depan. Saya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mempamerkan aksi yang cemerlang bersama Milan.

@10Ronaldinho
#CampNouExperience pic.twitter.com/tQxf0bv2Xf

— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 3, 2017

"Saya datang ke sini kerana Milan menarik minat saya dan mereka merupakan antara kelab yang terkenal di dunia. Ketika saya bersama Barcelona, saya sering menonton Milan beraksi dalam UCL, saya sentiasa dapat merasakan aura yang dimiliki oleh kelab ini."