Didier Deschamps memuji keazaman Perancis mengatasi Finland 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.

Les Bleus tanpa lima kemenangan berturut-turut dengan kemenangandi Lyon meneruskan rentak tanpa kalah dan menghasilkan jurang tujuh mata ke atas penghuni tangga kedua Kumpulan D, Ukraine.

Di sebalik pencapaian hambar selepas Euro 2020, Perancis kini telah tidak tewas dalam enam perlawanan pertama dalam kelayakan buat kejohanan utama (Menang 3 Seri 3).

Sememangnya, keputusan seri berturut-turut dengan Bosnia-Herzegovina dan Ukraine memberikan tekanan kepada Deschamps, di mana dia berpandangan kemenangan awal pagi tadi merupakan penting kepada pasukannya.

"Mudah untuk bercakap, saya melakukan apa yang saya fikirkan terbaik buat mereka dan demi pasukan Perancis," kata Deschamps kepada TF1.

"Walaupun kita tidak melakukan semuanya dengan baik, peralwanan ini ada lebih banyak keazaman serta kualiti teknikal turut dipamerkan.

"Ini adalah hasil yang sangat penting, tetapi ia harus diselesaikan November ini.

"Kami tidak pernah bertahan dalam jangka masa yang lama [tanpa kemenangan], itu boleh berlaku.

"Oleh itu, kita mesti menghargai kemenangan ini dan terutama dalam dua perlawanan kelayakan terakhir pada bulan November, untuk menyelesaikan tugas."