Pasukan Liga Kejuaraan, Derby County, telah berpisah dengan ketua jurulatih, Steve McClaren, buat kali kedua dalam tiga musim.

Satu kenyataan daripada The Rams menyatakan bekas pengurus England itu telah mengakibatkan “kemerosotan yang besar, tidak dijangka dan berterusan dalam keputusan, perpaduan dan semangat berpasukan”.

Pengerusi kelab, Mel Morris, menambah: "Steve adalah seorang jurulatih hebat, kami memiliki pemain-pemain berbakat dan kemudahan kelas pertama tapi denyut nadi, komitmen, fokus dan keghairahan kekurangan sesuatu yang fundamental.

“Perlawanan menentang Brighton pada Jumaat lalu (kekalahan 3-0) terlalu jauh daripada jangkaan kami terhadap pemain yang menyarung jersi Derby County.”

McClaren, yang tempoh pertamanya di Derby berakhir pada Mei 2015, dilantik semula Oktober lalu selepas permulaan musim yang hambar di bawah kendalian Nigel Pearson.

Dia memenangi sembilan daripada 12 perlawanan pertama di bawah kendaliannya untuk membawa The Rams hanya dua mata daripada perlawanan play-off sehari sebelum Tahun Baru, tapi mereka hanya menang tiga kali sejak memasuki tahun 2017 hingga mengakibatkan pengurus berusia 55 tahun itu kehilangan jawatannya.