Memphis Depay berkata 'sangat teruja' menyertai Barcelona selepas kelab itu mengesahkan kontrak selama dua tahun telah dipersetujui bersama pemain kebangsaan Belanda itu.

Pemain kebangsaan Belanda itu menggunakan media sosial bagi meluahkan pandangan pertamanya selepas menjadi pemain terbaru Barcelona. ​

Depay akan menandatangani kontrak sehingga akhir musim 2022/23 setelah perjanjiannya dengan pasukan Perancis, Lyon tamat. Pemain Belanda itu dilaporkan mempunyai klausa pembelian bernilai EURO500 juta dalam kontraknya di Camp Nou.

Penyerang itu merupakan pemain keempat terbaru Barca musim panas dan diharapkan dapat berkembang di bawah kendalian Ronald Koeman. Depay bermain 18 kali di bawah kendalian Koeman bersama pasukan kebangsaan Belanda dan menjaringkan 11 gol dan menyumbang 11 assist.

Depay sekali lagi turun beraksi untuk Belanda Isnin ini dalam Euro 2020. The Oranje bakal menghadapi aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Macedonia Utara tetapi sudah lyak ke pusingan kalah mati setelah menang atas Austria dan Ukraine.