Depay fokus 100 peratus buat Lyon walau dikaitkan ke Barcelona, PSG

Muzaffar Musa
Disember 16, 2020 04:33 MYT
Memphis Depay hanya berfikir mengenai peluangnya untuk memenangi trofi bersama Lyon walaupun Paris Saint-Germain (PSG) dikhabarkan sudah bersedia untuk menyaingi Barcelona dalam menandatangani penyerang itu.
Kontrak pemain berusia 26 tahun itu bersama Lyon akan tamat pada penghujung musim ini dan dia kini sedang hangat dikaitkan untuk ke Barca sejak bekas pengendali Belanda, Ronald Koeman, mengambil alih pasukan itu awal musim ini.
Dia telah menjaringkan enam gol daripada 14 perlawanan Ligue 1 musim ini dan berdasarkan laporan media Perancis, La Parisien, PSG turut mahu melihat pemain kebangsaan Belanda itu bergandingan dengan Neymar dan Kylian Mbappe pada 2021.
Depay sebelum ini berkata dia terbuka untuk kembali bekerjasama dengan Koeman di Camp Nou tetapi ketika ditanya mengenai masa depannya dalam sidang media semalam, dia mengambil pendekatan berbeza.
"Sejujurnya, kami memiliki pasukan yang baik di sini. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tahun depan. Saya pemain Lyon, ketua pasukan dan saya berada di sini untuk memenangi sesuatu, perlawanan dan menjadi seorang yang penting.

Heavy stepper ?⚽️? ________________________________ did you listen to my new EP yet? Go listen to it now! Heavy stepper... available on all platforms!#FootballMusicFashion pic.twitter.com/suS2b2fKYz

— Memphis Depay (@Memphis) November 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Itu sasaran utama saya. Jika saya mula memikirkan mengenai masa depan, saya mungkin akan hilang fokus. Saya 100 peratus untuk Lyon. Apa yang akan terjadi pada masa akan datang, kita akan lihat.
"Itulah yang selalu saya katakan. Saya tidak boleh berkata sesuatu mengenainya. Saya berada di sini sekarang. Mungkin banyak kelab yang berminat," katanya.
Depay memulihkan kariernya sejak menyertai Lyon daripada Manchester United pada Januari 2017 dengan menghasilkan 49 gol dan 36 bantuan jaringan sepanjang 115 penampilannya dalam Ligue 1.
Dia juga mencipta 35 peluang jaringan dalam 14 penampulan Ligue 1 musim ini -- rekod tertinggi berbanding mana-mana pemain dengan rakan sepasukannya, Leo Dubois, merupakan yang kedua tertinggi dengan mencipta 33 peluang.
#Barcelona #PSG #Memphis Depay #Ligue 1 #Lyon