Depay berbakat tetapi tidak setanding Messi, Ronaldo -- Van Gaal

Ammar Hakim
September 12, 2020 01:26 MYT
Memphis Depay seorang pemain berbakat, tetapi Louis van Gaal memberikan amaran kepada Barcelona bahawa penyerang Lyon itu tidak dapat menyelesaikan masalah mereka.
Pemain berusia 27 tahun itu menjadi sasaran utama gergasi LaLiga itu, di mana bekas pengendali Belanda, Ronald Koeman, mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Quique Setien.
Selepas mengharungi musim mengecewakan bersama Van Gaal di Manchester United, Depay menghidupkan semula kariernya di Lyon apabila terlibat dalam 63 jaringan dalam tempoh tiga musim di Stadium Groupama.
Tetapi Van Gaal, yang melatih Depay untuk skuad kebangsaan Belanda, berkata Barca tidak akan mendapatkan pemain berkelas dunia yang sama seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.

You know we never got things the easy way! It builds our character and makes us mental stronger. Succes on this new journey bro I’m sure you going to kill it. Bless up Youngking Kenny Tete. pic.twitter.com/U304MAzJEC

— Memphis Depay (@Memphis) September 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tanda soal akan sentiasa ada," katanya. "Depay seorang pemain yang menarik, terutama ketika dia diberikan kebebasan untuk beraksi.
"Tetapi kami harus melihat kepada aspek menyesuaikan diri dengan budaya dan pasukan baru. Dan tahun pertama sentiasa paling sukar. Ia dipamerkan oleh [Matthijs] de Ligt atau Frenkie de Jong.
"Depay berbakat, tetapi dia bukan Messi atau Cristiano Ronaldo."