Penalti kontroversi Memphis Depay memastikan Barcelona mengelak tercicir mata dalam mengejar slot Liga Juara-Juara apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Elche 2-1.

Blaugrana telah berada dalam prestasi yang mengagumkan sejak tewas 3-2 kepada Athletic Bilbao dalam saingan Copa del Rey 20 Januari lalu, selepas berjaya membalas dendam dengan kemenangan 4-0 bagi aksi LaLiga.

Tetapi menjelang pertemuan semalam antara dua pesaing yang mengejar tempat Liga Juara-Juara, Real Betis dan Atletico Madrid, Barca kelihatan bersedia untuk berpuas hati dengan satu mata.

Elche mendahului pada minit ke-44 menerusi Fidel, tetapi Ferran Torres menamatkan penantian yang menjadi tumpuan ramai apabila meledak gol sulung dalam aksi liga sebelum Depay memastikan kemenangan pada penghujung permainan.