Clint Dempsey akan membuat kemunculan semula di pentas antarabangsa bersama Amerika Syarikat (AS) selepas dipanggil jurulatih, Bruce Arena.

Penyerang Seattle Sounders, Dempsey, dipilih untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Honduras dan Panama selepas pulih daripada masalah degupan jantung tidak teratur yang menyaksikan dia terlepas penghujung Liga Utama Bola Sepak (MLS) musim lalu.

Dia telah membuktikan kecergasannya dalam perlawanan liga menentang Houston Dynamo dan Montreal Impact.

Rakan Demsey, Tim Howard, turut disenaraikan dalam skuad 24 pemain Arena dan pemain pertahanan Stoke City, Geoff Cameron, juga kembali untuk AS selepas diketepikan empat bulan.

Tetapi pemain bek, DeAndre Yedlin dan Eric Lichaj, tidak tersenarai akibat kecederaan, dengan AS berada di bawah kelayakan zon CONCACAF selepas tewas dua perlawanan pertama mereka.

"Kami meletakkan bersama-sama senarai pemain yang kami fikir seimbang dan ia memberikan kami pilihan untuk bermain dengan beberapa cara yang berbeza," kata Arena.

"Ia adalah satu senarai di mana rasional utama adalah untuk membantu kami berjaya dalam kedua-dua perlawanan.

"Tetapi kami juga melihat ke bawah dan membawa masuk beberapa pemain muda yang kami rasa mempunyai peluang untuk menjadi satu bahagian penting dalam program pasukan kebangsaan.

Pendekatan kami kepada perlawanan ini adalah mudah, kami mahu menang ".

Skuad penuh Amerika Syarikat:

Penajaga gol: Brad Guzan (Middlesbrough), Tim Howard (Colorado Rapids), Nick Rimando (Real Salt Lake).

Pertahanan: DaMarcus Beasley (Houston Dynamo), John Brooks (Hertha Berlin), Geoff Cameron (Stoke City), Omar Gonzalez (Pachuca), Michael Orozco (Club Tijuana), Tim Ream (Fulham), Jorge Villafana (Santos Laguna), Walker Zimmerman (FC Dallas).

Pemain tengah: Kellyn Acosta (FC Dallas), Alejandro Bedoya (Philadelphia Union), Michael Bradley (Toronto FC), Jermaine Jones (LA Galaxy), Fabian Johnson (Borussia Monchengladbach), Sebastian Lletget (LA Galaxy), Dax McCarty (Chicago Fire), Darlington Nagbe (Portland Timbers), Christian Pulisic (Borussia Dortmund).

Penyerang: Jozy Altidore (Toronto FC), Clint Dempsey (Seattle Sounders), Jordan Morris (Seattle Sounders), Bobby Wood (Hamburg).