Barcelona telah mengumumkan bahawa Ousmane Dembele telah mengalami kecederaan hamstring, hanya dua hari selepas pemain Perancis itu kembali beraksi sejak diketepikan lima bulan bulan susulan pembedahan lutut.

Dembele membuat penampilan pertamanya musim ini apabila dia menggantikan Gavi pada minit ke-65 ketika Barca menang 1-0 dalam Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kiev Selasa lalu.

Bagaimanapun, kelab itu mengumumkan pada hari Khamis bahawa pemain berusia 24 tahun itu "mengalami ketegangan pada otot semimembranosus hamstring kirinya," sambil menambah bahawa Dembele "tidak dapat diturunkan dan tempoh pemulihannya akan ditentukan kelak."

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu dibelenggu masalah kecederaan sejak berpindah ke kelab gergasi Catalan itu pada 2017.

Kelab itu juga mengesahkan bahawa Sergino Dest akan terlepas perlawanan hujung minggu di Celta Vigo ekoran sakit pinggang.