Michel Vorm mengakui sukar untuk menerima mengapa Tottenham gagal untuk "mengambil langkah terakhir" selepas mereka sekali lagi gagal untuk merangkul trofi.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu mendahului 1-0 sebelum tewas dalam aksi separuh akhir Piala FA 2-1 kepada Manchester United, menjadikan musim ke-10 berturut-turut Spurs tanpa sebarang gelaran.

Dalam tempoh itu, Spurs telah dibentuk sebagai pasukan utama dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi kegagalan menjulang sebarang trofi menjadi perbulaan utama dan tiada siapa yang mampu menjelaskan perkara itu.

"Amat sukar sekali. Saya tidak tahu jika tuah ataupun kami kekurangan langkah. Sukar untuk menjelaskan perkara ini," kata Vorm.

"Saya berasakan kami telah membuktikan kebolehan kami ketika bertemu Real Madrid dalam perlawanan-perlawanan lain bahawa kami mampu bersaing.

"Tetapi perlawanan seperti dengan United ataupun Juventus, pasukan telah memberikan yang terbaik tetapi seolah-olah kemenangan terlalu jauh buat kami.

"Kami sudah hampir tetapi masih jauh," ujarnya.

Vorm, yang menerima kritikan apabila gagal menafikan percubaan daripada Alexis Sanchez dan Ander Herrera di Wembley, mendedahkan kekalahan itu amat sukar untuk diterima tetapi menggesa rakan sepasukannya untuk menjadikannya sebagai pemangkin masa akan datang.

"Buat masa ini, sukar untuk percaya tetapi kami perlu terus memberikan yang terbaik."