Penyerang KL City FC, Safee Sali, tidak menganggap ketiadaan Declan Lambert dan Zhafri Yahya menjadi alasan kukuh kepada punca kekalahan The City Boys menentang Penang FC tempoh hari.

Ternyata aksi kompetitif semua pemain ditagih bagi menjayakan misi kemenangan dalam setiap perlawanan sekaligus kebergantungan terhadap khidmat dua pemain itu.

"Kami merasai ketiadaan dua pemain itu namun kami tidak terlalu bergantung kepada mereka. Pasukan perlu sentiasa bersedia untuk beraksi dalam mana-mana situasi. Setiap pemain perlu bersedia untuk diturunkan dan cuba memberikan yang terbaik," kata Safee.

Safee turut berkongsi bahawa pengendali, Bojan Hodak, sudah mempunyai perancangan terbaik dan bayangan kesebelasan utama yang bakal diturunkan menentang pasukan Sogdiana Jizzakh di Uzbekistan 5 Oktober nanti.

"Bojan sudah memiliki bayangan kesebelasan utama untuk perlawanan final itu dan berharap ia akan berhasil nanti," kata Safee.