Daniele De Rossi berkata dia memenuhi impian dengan menyertai Boca Juniors.

Pemain tengah veteran itu disahkan selaku pemain Boca kelmarin selepas meninggalkan kelab yang diwakili sejak kecil, AS Roma, di akhir kontrak.

Pemenang Piala Dunia 2006 itu teruja dengan perpindahan ke Amerika Syarikat setelah Los Angeles FC dikatakan berminat dengannya.

Bagaimanapun, pemain berusia 36 tahun itu mengikut kehendak hati dengan berhijrah ke La Bombonera untuk mewakili kelab yang ditubuhkan secara bersama oleh warga Itali.

"Hati saya untuk Roma tetapi saya sukakan Boca sejak kecil. Ia disebabkan Diego Maradona, stadium, kerana saya sukakannya serta peminat yang bersemangat," katanya.

"Ia kelab yang ditubuhkan warga Itali, membuatkan saya seperti di kampung halaman. Ia sebuah kelab besar dan anda boleh meyakininya.

"Saya suka untuk ke Amerika Syarikat tetapi untuk menaiki tangga di Bombonera bersama pemain Boca, ia satu penghormatan.

"Apa yang penting dalam kehidupan adalah mencapai semua impian anda. Terima kasih, Boca."