Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter de Roo menegaskan, perlu ada perubahan dalam badan induk FAM itu sendiri selain daripada tanggungjawab yang diambil bekas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Keadaan tampak semakin sukar dan FAM perlu menilai kelemahan yang ada di bawah pengurusan presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin, sejak 2018.

"Jika setiap kesalahan diletakkan kepada jurulatih, mereka yang dilantik akan datang juga akan berdepan kegagalan," katanya.

Pengambilan Guilherme de Paula juga menjadi persoalan De Roo yang tidak jelas sejauh mana De Paula mampu membantu mengurangkan beban di posisi kritikal dalam skuad negara.

Malah pemilihan pemain itu sebagai pemain naturalisasi kedua negara dianggap sebagai bukan pilihannya.

"Saya tidak bersetuju dengan pengambilan pemain seperti De Paula yang diserap masuk sebagai pemain naturalisasi, saya kurang minat dengan tindakan mengambilnya bermain dalam skuad kebangsaan," katanya lagi.

Dengan situasi yang semakin tenat, andai FAM gagal mengubah keadaan, sasaran F:30 umpama angan-angan mat jenin sahaja.