Ronald Koeman berkata Matthijs de Ligt perlu menyesuaikan diri dengan cara bertahan Juventus.

Pertahanan tengah itu menyertai juara Serie A berkenaan dengan bayaran pendahuluan €75 juta (RM345 juta) Julai lalu selepas melalui musim gemilang bersama pasukan yang ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, Ajax.

Dia kemudian bergelut dalam penampilan pertamanya ketika Juve meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Napoli, namun semakin memaparkan keserasian untuk bergandingan dengan Leonardo Bonucci sepanjang beberapa minggu ini.

Koeman berasakan pemain berusia 20 tahun itu perlu belajar sesuatu daripada "sekolah pertahanan Itali", namun ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda itu tidak terkejut untuk melihat pemain muda seperti itu mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki.

"Saya sentiasa menyokong anda untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baru, dengan negara baru dan dengan rakan sepasukan baru," katanya kepada wartawan.

"Saya fikir dia benar-benar perlu menyesuaikan diri dengan cara bertahan baru kerana ia berbeza dengan cara dia bermain di Ajax.

"Mungkin ia adalah sekolah Itali.

"Bonucci turut bercakap perkara sama: dia perlu menyesuaikan diri dengan kawalan menyeluruh (di bawah kendalian pengurus, Maurizio Sarri) yang berbeza dengan cara dia bertahan ketika di bawah (Massimilianio) Allegri.

"Saya fikir Matthijs memerlukan masa.

"Tetapi dia sudah cukup bagus di peringkat usianya.

"Ia akan menjadi janggal jika dia tidak mempelajari sesuatu.

"Sebelum waktu rehat antarabangsa lalu, terdapat banyak kritikan terhadapnya, namun dia masih beraksi baik bersama pasukan kebangsaan.

"Saya fikir ia persekitaran yang amat bagus buatnya.

"Tetapi dengan masa yang ada, dia akan belajar untuk menyesuaikan diri dengan posisi barunya di Juventus.

"Saya fikir dia boleh mencapai tahap yang amat tinggi untuk pasukan kebangsaan kami dan Juventus," katanya.