Penjaga go kelahiran Sepanyol itu menikmati musim panas dalam saingan Kejuaraan Eropah selepas La Roja mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Itali -- namun De Gea tidak beraksi dengan Unai Simon menjadi pilihan utama Luis Enrique.
?? David De Gea entrenando junto a la Selección de España en Madrid.#MUFC #EURO2020 pic.twitter.com/zEs7dOOMYY
— Manchester United (@ManUtd_Es) July 5, 2021
Selepas turut menamatkan saingan domestik di belakang Dean Henderson di United, The Sun melaporkan De Gea terdesak untuk kembali membuktikan kemampuannya kepada kelab dan negara.
Walaupun kesemua pemain yang terlibat dalam Euro diberikan rehat selama tiga minggu, pemain berusia 30 tahun itu memilih untuk kembali selepas hanya dua minggu dan akan berlatih minggu depan bersama United.