Frank de Boer menuntut kemenangan besar ketika Belanda menghadapi Gibraltar dalam kelayakan Piala Dunia esok.

Setelah memulakan kempen mereka dengan kekalahan 4-2 kepada Turki, Oranje membalas dengan kemenangan 2-0 ke atas Latvia Sabtu lalu menerusi gol daripada Steven Berghuis dan Luuk de Jong.

Ketua jurulatih, De Boer, kecewa pasukannya tidak menang dengan jurang lebih besar, namun mereka mengawal 76.5 peratus perlawanan dengan melaukan 36 percubaan, dengan penjaga gol Latvia, Roberts Ozols, menafikan lapan percubaan.

Dengan Gibraltar bolos tujuh gol dalam dua aksi pembukaan menentang Norway dan Montenegro, De Boer mahukan persembahan yang lebih klinikal daripada pemainnya dan menegaskan memuat kesebelasan utama dengan penyerang tidak semestinya pendekatan yang tepat.

"Lebih banyak pemain di hadapan tidak semestinya menjadikan tugas lebih mudah," katanya. "Ruang mungkin lebih ketat dengan cara itu.

"Kami ingin cuba mengumpan lawan untuk meninggalkan posisi pertahanan mereka, jadi kami dapat memanfaatkan daripada tempat terbuka melalui kombinasi pantas. Saya tidak percaya bahawa lebih banyak penyerang sama dengan lebih banyak peluang.

"Lihat, kemenangan 2-0 menentang Latvia, ia kurang baik, terutamanya jika anda melihat cara kami bermain. Sepatutnya kami menjaringkan sekurang-kurangnya tujuh kali, melihat peluang yang kami ada. Perkara yang sama berlaku di Gibraltar: jika anda membuat banyak peluang, anda perlu menjaringkannya berkali-kali.

"Kita perlu memastikan tempo tetap tinggi. Kita tidak boleh membiarkan mereka bernafas. Kami perlu menjaringkan sekurang-kurangnya lima kali, atau lebih banyak lagi."