Davies kagum dengan persembahan Mane di Bayern Munich

Muzaffar Musa
Ogos 15, 2022 04:27 MYT
Sadio Mane seorang pemain terbaik yang anda hanya perlu duduk bersandar dan menyaksikannya, kata rakan sepasukannya di Bayern Munich, Alphonso Davies, selepas kemenangan 2-0 ke atas Wolfsburg dalam aksi Bundesliga lewat malam tadi.
Pemain kebangsaan Senegal itu, yang tiba daripada Liverpool menjelang pembukaan musim 2022-23, mencipta impak segera buat pasukan barunya dengan aksi menariknya menjadi tumpuan dalam Bundesliga.
Penampilan pertamanya ketika membenam Eintracht Frankfurt 6-1 minggu lalu menyaksikan dia turut berada dalam senarai penjaring dan hanya campur tangan video bantuan pengadil (VAR) menghalangnya daripada memahat nama dalam perlawanan kali ini.
Walaupun tiada dalam senarai penjaring bagi perlawanan kali ini, Mane -- yang membantu The Reds meraih kejuaraan domestik berganda musim lalu dan membawa pasukan kebangsaannya menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selain layak ke Piala Dunia Qatar 2022 -- tetapi mencuri hati rakan sepasukannya.
"Sadio Mane, anda dapat melihatnya sebagai pemain terbaik," kata Davies dalam laman web rasmi Bundesliga.
"Dia seorang pemain yang rajin, laju, kami mencuba untuk menyalurkan bola kepadanya sebanyak mungkin kerana dia seoarang yang amat pantas.
"Dia pemain yang bagus. Kami amat gembira untuk memilikinya di sini.
"Dia berasa baik dalam pasukan ini dan seperti anda lihat, dengan persembahannya ketika ini, anda hanya perlu duduk bersandar dan menyaksikannya," katanya.

First home game in Bayern colours ✅#MiaSanMia #FCBWOB pic.twitter.com/EQblxNfhLI

— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) August 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Wolfsburg #Bundesliga #Bayern Munich #Sadio Mane #Alphonso Davies