Dani Alves menyuarakan kesudiaannya menyarung semula jersi Barcelona sambil menyatakan pengalamannya mampu menjadikannya pemain yang sempurna buat pemain muda berbakat di Camp Nou.

Bek kanan Brazil tanpa kelab itu berharap terpilih dalam skuad Piala Dunia 2022 di Qatar selepas meninggalkan Sao Paulo pada bulan lalu.

Pemain berusia 38 tahun ingin kembali ke LaLiga selepas meninggalkan Barcelona lima tahun lalu, namun cadangan juara enam trofi LaLiga itu terletak di tangan pengurus, Ronald Koeman.

"Saya selalu mengatakan bahawa saya berpindah kerana saya melihat banyak perkara berlaku tidak seperti yang seharusnya," katanya kepada akhbar Sepanyol Sport.

Dengan Joan Laporta kembali sebagai presiden baru, Alves yakin Barcelona akan bergerak ke arah yang tepat.

"Saya fikir ketika Barca memerlukan dan menginginkan saya, saya akan sentiasa membuka pintu tanpa mengira di mana saya berada," katanya.

"Kasih sayang, cinta dan rasa hormat yang saya terhadap kelab ini terlalu besar. Sekiranya Barca menganggap mereka memerlukan saya, mereka hanya perlu menelefon. Saya masih anggap bahawa saya mampu menyumbang, lebih-lebih lagi Barca berdasarkan bilangan pemain muda yang mereka ada ketika ini.

"Di setiap tempat yang saya kunjungi, saya selalu beranggapan gandingan yang sempurna adalah menerusi pemain berpengalaman dan pemain remaja. Akan tiba masanya mereka akan menjadi dewasa dan yang lebih tua pula terpaksa pergi. Ini adalah satu kitaran semula jadi tetapi dalam bola sepak perkara mustahil boleh terjadi. Proses ini tidak akan mempercepatkan kematangan mereka, tetapi campuran elemen ini adalah penting."






Dia memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara bersama Barcelona sejak dibeli daripada Sevilla pada 2008 sebelum angkat kaki lapan tahun kemudian. Dalam 247 perlawanan LaLiga buat Barcelona, Alves membantu kelabnya mencapai 95 perlawanan tanpa bolos, 64 bantuan jaringan dan 14 gol) selain mencipta 377 peluang.

Alves mengakui terdapat kesangsian mengenai peluangnya ke Piala Dunia kejohanan selepas tersisih daripada edisi 2018 akibat kecederaan lutut. Dia mahu melenyapkan tanggapan itu dengan mengingatkan bahawa dia telah membantu Brazil memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo.

"Sering kali kita bersara bukan kerana faktor fizikal, sebaliknya mentalnya telah hancur. Ia salah satu perkara yang paling saya utamakan: saya memutuskan bilakah saya akan mula dan selesai. Sepanjang perjalanan ini, kita harus hidup dengan kesungguhan, itulah yang saya lakukan, "katanya.

"Saya sedar bahawa jika saya perlu bersaing dalam sebuah pasukan, itulah bekalan yang akan membawa saya ke Piala Dunia."

Dia juga mengetepikan tanggapan negatif mengenai kemampuan fizikalnya untuk dapat bersaing di peringkat tertinggi.

"Pernah ketika mewakili Sao Paulo kami perlu bermain setiap selang hari," kata Alves.

"Saya menuai apa yang telah saya taburkan sepanjang hidup ini, iaitu menghormati sikap profesionalsime, disiplin dan menjaga diri sendiri. Itulah yang membolehkan saya bersaing dalam Sukan Olimpik di samping pemain berusia 18 atau 20 tahun dan mempamerkan prestasi yang baik.

"Saya bukan lebih baik daripada orang lain tetapi saya mempercayai kerja, dedikasi dan persiapan saya untuk menghadapi semua cabaran. Ini adalah asas sepanjang karier saya."