Setiausaha Teknikal Barcelona, Robert Fernandez menyokong dakwaan pemain pertahanan, Gerard Pique, bahawa pengadil bersikap berat sebelah terhadap Real Madrid.

Pique mendakwa Madrid diberi layanan istimewa oleh pengadil selepas anak buah Zinedine Zidane dianugerahkan sepakan penalti dalam kemenangan 3-2 ke atas Villareal, Ahad lalu.

Fernandez turut meluahkan sokongan terhadap dakwaan Pique, dengan berkata pemain antarabangsa Sepanyol itu hanya meluahkan fakta sebenar.

"Pique memberitahu hal yang sebenar," dia memberitahu Esport 3.

"Suka atau tidak, kamu perlu menghormati kenyataan itu kerana ia adalah fakta."