Cuaca buruk halang aksi persahabatan Sri Pahang

Najmi Iman
April 16, 2024 08:26 MYT
Skuad kendalian Fandi Ahmad, Sri Pahang, hanya bermain selama 35 minit ekoran cuaca buruk di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Kendatipun begitu, perlawanan dihentikan ketika skuad Tok Gajah sedang mendahului 1-0 hasil jaringan dari pemain import baru mereka, Aleksandar Cvetkovic, ketika menentang pasukan terkemuka dari Singapore Premier League (SPL), Albirex Nigata.

Aksi antara Albirex Nigata dan Sri Pahang tidak dapat diteruskan kerana hujan lebat dan kilat di Stadium Jalan Besar. Perlawanan dihentikan selepas 35 minit ketika Sri Pahang sedang mendahului 1-0 melalui jaringan Aleksandar Cvetkovic.#SriPahang #VoltraFootball pic.twitter.com/sNpKnQ0JCp

— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) April 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Siri jelajah perlawanan persahabatan itu akan diteruskan menetang Geylang International bagi persiapan menghadapi saingan Liga Super bermula Mei depan.
#bola sepak #Perlawanan persahabatan #Sri Pahang #Albirex Nigata