Cristiano Ronaldo: Wayne Rooney didorong cemburu

Shaiful Shamsudin
November 14, 2022 01:37 MYT
Cristiano Ronaldo menganggap kritikan Wayne Rooney terhadap tingkah lakunya di Manchester United berpunca daripada rasa cemburu.
Ronaldo telah menjadi subjek kritikan hebat musim ini selepas mahu angkat kaki menjelang sepak mula kempen baru Ogos lalu.
Biarpun kekal di Old Trafford, kelibatnya tidak begitu disenangi di bawah pengurus baru, Erik ten Hag, dan dikritik secara meluas kerana enggan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Tottenham.
Ronaldo meluru ke arah terowong pemain ketika perlawanan itu sedang berlangsung sebelum United digantung untuk perlawanan seterusnya.
Ten Hag telah menyenaraikan semula Ronaldo, tetapi peranannya masih menjadi bahan perdebatan dengan bekas gandingannya, Rooney, melemparkan pandangan terhadap isu itu minggu ini.

Back on track, with the same commitment and dedication as always! ?? pic.twitter.com/fB6HMHEmX9

— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) October 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun beberapa rakan sepasukan Ronaldo yang lain mempertahankannya, Rooney berkata tingkah laku pemain berusia 37 tahun itu tidak boleh diterima dan dia telah menimbulkan kekacauan.
Lantas dalam satu temu bual dengan Piers Morgan Uncensored, Ronaldo memberi maklum balasnya.
“Saya tidak tahu kenapa dia mengkritik saya dengan teruk,” katanya dalam satu wawancara yang akan disiarkan sepenuhnya minggu depan.
“Mungkin kerana dia telah menamatkan kariernya dan saya masih bermain di peringkat tinggi.
"Saya tidak akan mengatakan bahawa saya kelihatan lebih baik daripada dia -- itu hakikatnya."
Ronaldo menyertai United buat kali pertama pada 2003, setahun sebelum Rooney ditandatangani daripada Everton dan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) edisi 2007-08.
#Wayne Rooney #Cristiano Ronaldo