Cristiano Ronaldo akan terlepas pertembungan Serie A di antara Juventus dengan Atalanta pada malam ini akibat masalah paha sambil Andrea Pirlo menyalahkan jadual padat yang terpaksa diharungi anak buahnya.

Penyerang Portugal itu bergelut dengan kecederaan yang dialaminya ketika Juve menang 3-1 ke atas Genoa, Ahad lalu, kemudian tidak menjalani latihan penuh pada minggu ini sementara Paulo Dybala akan menjadi taruhan utama.

The Old Lady hanya mampu seri ketika Ronaldo terlepas aksi Serie A musim ini dengan meledak tiga gol.

Dalam kempen liga musim ini, Juve memiliki 66.7 peratus kemenangan daripada 27 perlawanan (18 kemenangan, lima seri dan empat kekalahan) dengan menjaringkan purata 2.1 gol.

Pirlo meratapi ketiadaan Ronaldo sambil mengakui jumlah perlawanan yang melibatkan pemain berusia 36 tahun itu buat kelab dan negaranya dalam jangka masa yang singkat telah mempengaruhi kecergasannya.

"Ronaldo tidak akan menyertai perlawanan esok," kata Pirlo dalam sidang media.

"Beberapa hari kebelakangan ini dia tidak sempat pulih daripada masalah otot selepas perlawanan Ahad lalu, dia tidak mahu terlalu mendesak dan mengambil risiko.

"Kami memutuskan untuk merehatkannya dan berusaha memulihkannya untuk perlawanan Rabu (menentang Parma). Masalah ini timbul selepas perlawanan Isnin lalu . Dia cuba berlatih bersama pasukan tetapi tidak dapat mengerah kudrat seperti yang diharapkannya.




"Ia terlalu berisiko buatnya. Dia telah terlibat dalam banyak perlawanan bahkan bersama pasukan kebangsaan, ia mempengaruhinya dan dengan jadual padat, faktor itu menyukarkannya untuk pulih.

"Dia selalu berada dalam keadaan baik, kemudian terbabit dengan pasukan kebangsaan. Dia juga mengatakan kepada saya bahawa dia seharusnya tidak beraksi dalam perlawanan ketiga antarabangsa, kemudian jaringan itu (menentang Serbia) dibatalkan lalu mereka gagal mengutip enam mata seperti yang disasarkannya.

"Situasi itu memaksanya beraksi dalam perlawanan ketiga. Jika tidak, dia akan kembali ke Juventus sebelum perlawanan ketiga."

Kemenangan terakhir Atalanta ke atas Juventus dalam Serie A adalah pada Februari 2001 dan sejak itu, Bianconeri telah memenangi 24 daripada 32 pertembungan liga di antara kedua-dua pasukan sementara seri lapan kali.

Namun, Juve hanya menang sekali dalam enam perlawanan terakhir mereka dengan kejayaan terakhir dirakam pada November 2019 di Bergamo.

Juara bertahan itu menghuni tangga ketiga dengan 12 mata di belakang pendahulu, Inter, dan satu mata di depan Atalanta yang di tangga keempat.

Pirlo menambah: "Kami fokus kepada sasaran baru, ia bukan sesuatu yang sesuai buat Juventus yang sudah terbiasa berjuang untuk merebut kejuaraan."