Cristiano Ronaldo rangkul kasut emas, Juve ke UCL

Shaiful Shamsudin
Mei 24, 2021 01:27 MYT
JUVENTUS 4 BOLOGNA 1
Cristiano Ronaldo melakar sejarah awal pagi tadi apabila menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak Serie A.
Bintang berusia 36 tahun itu merupakan pemain gantian Juventus yang tidak digunakan ketika mereka menewaskan Bologna 4-1 untuk merampas tiket terakhir Liga Juara-Juara (UCL) daripada Napoli yang sekadar seri dengan Hellas Verona.
Walaupun terlepas aksi liga buat kali kelima pada 2020-21, Ronaldo telah melengkapkan 29 jaringan, lima gol lebih banyak berbanding pesaing terdekatnya daripada Inter, Romelu Lukaku.
Ronaldo muncul pemain pertama yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam Serie A, LaLiga dan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bintang Portugal itu memenangi tiga trofi Pichichi ketika berada di Real Madrid -- iaitu pada 2010-11, 2013-14 dan 2014-15 -- termasuk memenangi kasut emas di England bersama Manchester United pada 2007-08.
Hanya Lionel Messi (30) dan Robert Lewandowski (41) telah menjaringkan lebih banyak gol daripadanya musim ini dalam kalangan lima liga utama Eropah.

2️⃣9️⃣ @SerieA_EN goals this season. ? @Cristiano, the #KingOfGoals! ?⚽️ pic.twitter.com/SgJBYABiEJ

— JuventusFC (@juventusfcen) May 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ronaldo telah menyumbat 81 gol dalam 97 penampilan di Itali sejak meninggalkan Madrid pada 2018, sekurang-kurangnya 10 gol mendahului pemain lain.
#Juventus #Cristiano Ronaldo #Serie A