Covid-19: Villas-Boas sedia jika Ligue 1 ditamatkan hujung tahun ini

Muzaffar Musa
Mac 28, 2020 03:35 MYT
Andre Villas-Boa percaya saingan Ligue 1 sepatutnya ditamatkan selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini sebelum mengubah jadualnya ke asal menjelang musim depan.
Arena sukan di seluruh dunia terjejas berikutan pandemik Covid-19 dengan kebanyakan liga utama di Eropah terpaksa ditunda ke satu tempoh yang masih belum diketahui.
Ketua jurulatih Marseille, Villas-Boas, berkata musim ini sepatutnya ditamatkan bagi membantu setiap kelab menangani masalah kewangan.
"Sekarang ini, kesemua kelab berada dalam malapetaka keadaan ekonomi," katanya kepada RMC.
"Ia amat sukar buat semua orang. Apa yang paling sesuai dan sihat untuk semua pasukan Ligue 1 adalah ia perlu diakhiri selewat-lewatnya pada Disember depan, atau harap-harap pada November depan."

??? ?? ??? Our spirit will always shine through ?? pic.twitter.com/nK7vjtJyHU

— Olympique Marseille (@OM_English) March 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Villas-Boas berkata jadual perlawanan di seluruh dunia perlu diubah menjelang Piala Dunia 2022.
Piala Dunia dijadualkan berlangsung di Qatar dari November hingga Disember 2022.
"Dari 2021, kita sepatutnya merombak semula kalendar kejohanan.
"Cengan cara itu, kita dapat mengadakan kesepakatan dengan Piala Dunia 2022 di Qatar yang akan diadakan pada musim sejuk.
"Selepas itu, kita boleh kembali kepada kalendar klasik seperti biasa," katanya lagi.
#Marseille #Ligue 1 #Andre Villas-Boas