Covid-19: Tarikh separuh akhir, final DFB-Pokal diumum

Muzaffar Musa
Mei 12, 2020 00:54 MYT
Perlawanan separuh akhir DFB pokal akan diadakan pada 9 dan 10 Jun ini manakala perlawanan final pula pada 4 Julai depan.
Tarikh baru itu disahkan oleh lembaga presiden DFB semalam selepas kejohanan itu ditangguhkan sejak bulan lalu.
Sukan bola sepak di Jerman akan bersambung secara tertutup bermula Sabtu ini selepas direhatkan berikutan pandemik Covid-19.
Juara bertahan, Bayern Munich, dijadualkan untuk menantikan kunjungan Eintracht Frankfurt dalam separuh akhir pertama manakala FC Saarbrucken akan berdepan Bayer Leverkusen dalam satu lagi perlawanan.
Perlawanan akhir pada awalnya dirancang untuk diadakan di Olympiastadion, Berlin pada 23 Mei ini.

ℹ️ The DFB presidential board has set dates for the remaining #DFBPokal fixtures, should play resume ?️ Semi-finals: 9th/10th June Final: 4th July pic.twitter.com/1GJYnMfCMu

— The DFB-Pokal (@DFBPokal_EN) May 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#DFB-Pokal