Perlawanan Copa Superliga Argentina di antara River Plate dengan Atletico Tucuman semalam terpaksa dibatalkan selepas pasukan tuan rumah enggan membuka stadium mereka.

Walaupun acara sukan di seluruh dunia telah dibatalkan atau ditangguhkan disebabkan oleh pandemik wabak koronavirus baru (Covid-19) namun saingan domestik di Argentina masih tidak terjejas.

Perlawanan di antara Gimnasia La Plata dan Banfield serta Patronato dan San Lorenzo diteruskan seperti yang dirancang sementara pertemuan Independiente menentang Velez Sarsfield berlangsung di gelanggang tertutup.

Bagaimanapun, River Plate pada Jumaat lalu menyuarakan kebimbangan terhadap penyebaran Covid-19 apabila tidak akan turun bertemu Tucuman -- satu keputusan yang disokong oleh pengurus Gimnasia - dan ikon Boca Juniors -- Diego Maradona.

"Saya bersama mereka hingga mati, biarpun saya langsung tidak suka Gallinas (bereerti 'chickens' -- nama jolokan yang digunakan oleh peminat Boca untuk mengejek River Plate) sama sekali, tetapi saya bersama mereka hingga mati," kata Maradona kepada wartawan.

"Jika pemain telah memutuskannya, anda perlu mematuhinya sehingga mati."

Apabila kakitangan Tucuman di samping pengadil, Jerman Delfino, tiba di El Monumental semalam, mereka tidak dapat memasuki stadium.

Akaun Twitter rasmi Tucuman memaparkan gambar kakitangannya di luar stadium sementara mereka turut berkongsi foto skuad mereka yang terpaksa menunggu di hotel.



Perlawanan itu kemudiannya dibatalkan sambil Superliga mengeluarkan kenyataan mengesahkan keputusan itu.

"Satu dokumen telah ditandatangani untuk memaklumkan keadaan itu dan pelawat diberitahu supaya tidak perlu pergi ke stadium kerana pengadil perlawanan telah merumuskan situasi yang berlaku secara amnya.

"Pihak berkuasa Keselamatan Kota Buenos Aires juga menasihati Tucuman untuk tidak perlu pergi ke stadium kerana kemudahannya ditutup."

Masih belum jelas apakah nasib yang bakal dihadapi River Plate dan dilaporkan mungkin akan dianggap telah menarik diri daripada perlawanan itu.

Referee turns up for River Plate game to find out doors are locked | Videos | Stadium Astro

Argentine referee German Delinfo arrived at River Plate's El Monumental, only to find the gates to the stadium locked.