Perlawanan pembukaan musim Campeonato Brasileiro di antara Goias dan Sao Paulo terpaksa ditunda selepas 10 pemain Goias disahkan positif COVID-19.

Menjelang beberapa jam sebelum perlawanan itu awal pagi tadi, Goias mengumumkan mereka baru sahaja dimaklumkan mengenai 10 daripada 26 keputusan ujian saringan pemain mereka didapati positif dan lapan daripada pemain itu tersenarai dalam kesebelasan utama.

Ujian saringan awal yang dilakukan Khamis lalu dikatakan tidak sah oleh Persatuan Bolasepak Brazil (CBF) disebabkan proses penyimpanan yang tidak sempurna, kata kelab itu.

Selepas menerima keputusan ujian saringan kedua itu -- kurang daripada 24 jam sebelum sepak mula -- Goias memutuskan untuk menunda perlawanan berkenaan.

Pemain tetap turun memanaskan badan di padang kerana masih belum jelas sama ada perlawanan itu ditunda atau tidak tetapi keputusan berkenaan hanya diketahu tidak lama sebelum perlawanan itu sepatutnya dimulakan.

Presiden Suruhanjaya Perubatan CBF, Jorge Pagura, berkata kepada SporTV: "Sebaik sahaja keputusan yang diperoleh mengesahkan 10 pemain Goias didapati positif, kami mula menghubungi bahagian perubatan Goias.

"Goias memohon, selayaknya kami, untuk mengadakan ujian susulan. Kami terus menantikan keputusannya.

"Bagi mengelakkan kehilangan perlawanan ini, kami menantikannya dengan setiap waktu yang ada.

"Ketika perlawanan sudah hampir bermula, keputusan yang keluar adalah 10 pemain kami positif dan pada ketika itu, kesihatan harus diutamakan," katanya.

Keputusan ujian susulan yang dilakukan Goias hanya diperoleh 10 minit sebelum sepak mula dan sembilan daripada 10 daripada mereka masih positif dan presiden kelab itu, Marcelo Almeida, berkata dalam sidang media.

"Sao Paolo memberikan sokongan dan memaklumkan bahawa terdapat kesepakatan untuk perlawanan di Gioania ini ditunda," katanya dalam satu kenyataan kelab itu.

"Tiada apa yang lebih penting buat masa ini selain daripada menjaga kesihatan dan menjadi contoh kepada masyarakat tentang kepentingan menjaganya."

Brazil antara negara yang paling terkesan dengan pandemik itu apabila lebih daripada 3 juta kes positif direkodkan termasuk angka kematian yang telah melepasi 100,000.