Penyokong Napoli tidak membenarkan wabak koronavirus baru (Covid-19) yang melanda Itali melunturkan semangat mereka apabila menuntut pemain-pemain kelab itu untuk bernyanyi bersama-sama, semalam.

Itali merupakan negara Eropah yang mempunyai kes Covid-19 tertinggi hingga mendorong pihak kerajaan mengenakan perintah berkurung dalam usaha memerangi penyebaran wabak itu.

Berikutan langkah ketat yang dikenakan, semua acara sukan telah digantung termasuk Serie A.


Begitupun, tatkala peminat-peminat Napoli tidak dapat mengunjungi Stadio San Paolo untuk memberi sorakan kepada skuad Partenopei itu, mereka masih menunjukkan semangat mereka dari balkoni dan bumbung rumah di seluruh Naples.

Selepas kelab itu menyeru peminatnya menerusi media sosial, penyokong mula menyanyikan lagu popular "Allez, Allez, Allez!" pada jam 7.45 malam waktu tempatan sebelum menerima beberapa reaksi mengagumkan.

Ketua pasukan Napoli, Lorenzo Insigne, turut menyahut seruan itu.