Covid-19: Ogbonna kecewa pendekatan EPL

Shaiful Shamsudin
Mac 15, 2020 01:30 MYT
Angelo Ogbonna mengkritik tindak balas Liga Perdana Inggeris (EPL) terhadap pandemik koronavirus baru (Covid-19) dengan menegaskan dia "tidak dapat menerima hakikat" bahawa perlawanan liga di antara West Ham dengan Arsenal diteruskan.
Kelmarin, Liga Perdana mengumumkan semua perlawanan telah ditangguhkan sehingga 3 April depan berikutan pengurus Arsenal, Mikel Arteta, diuji positif bagi virus itu.
Diagnosis Arteta hadir dua minggu selepas pertemuan Liga Europa di antara Arsenal dengan Olympiacos sedangkan pemiliknya, Evangelos Marinakis, menghadiri perlawanan itu sebelum mengakui diserang penyakit pernafasan.

Very hard to take it... Looking forward to the next one!#COYI #AO21 pic.twitter.com/HWw9k4Xbvt

— Angelo Ogbonna (@OgbonnaOfficial) March 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertahanan tersebut beraksi sepanjang 90 minit dalam kekalahan 1-0 itu di Stadium Emirates hujung minggu lalu dan terkejut kerana perlawanan berkenaan dibenarkan untuk diadakan walaupun kebanyakan liga utama sama ada perlu beraksi tanpa penyokong atau menunda perlawanan.
"Ia benar-benar tidak dapat diterima akal kerana perlawanan menentang Arsenal tetap diteruskan," katanya kepada Corriere della Serra.
"Mereka telah bertemu Olympiacos dan pemiliknya telah pun dilanda wabak itu. Ia seolah-olah seseorang perlu mati dulu supaya keputusan dibuat tepat pada masanya.
"Ia bukan masalah bola sepak tetapi ia berakar umbi dalam mentaliti negara ini.
"Mereka tidak sepenuhnya memikirkan risiko yang berlegar mengenai wabak ini yang boleh tersebar dalam beberapa saat sahaja jika anda tidak bertindak dengan betul.
"Saya belum diuji lagi. Ia membuktikan sikap untuk menanganinya, setakat itu sahaja yang saya mahukan katakan."
#Angelo Ogbonna #West Ham