Covid-19: Neymar berusaha keras untuk kembali beraksi

Muzaffar Musa
Mei 16, 2020 01:45 MYT
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, bersedia untuk kembali beraksi sambil berkata dia berlatih bersendirian dengan lebih keras berbanding ketika di kelab Ligue 1 berkenaan.
Ketika PSG dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas kempen musim ini dibatalkan berikutan pandemik Covid-19, mereka masih bersaing dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selain final Coupe de France dan Coupe de la Ligue.
Neymar, 28, berada di kampung halamannya di Brazil sejak dua bulan lalu disebabkan krisis Covid-19, yang telah membunuh lebih daripada 308,000 mangsa di seluruh dunia.
Tetapi pemain kebangsaan Brazil itu tetap berlatih dengan gigih di bawah kendalian jurulatih kecergasannya, Ricardo Rossa.
"Saya berlatih dengan gigih di sini, dengan rentak dan frekuensi yang sama ketika bersama dengan kelab. Latihannya lebih sukar sebenarnya dengan lebih aktiviti untuk mengimbangi kekurangan perlawanan," katanya dalam laman web rasminya.

Always stay positive and always stay fit! ? This is how I keep myself ready for upcoming challenges ?@redbull #RedbullNeymarJrsFive pic.twitter.com/zSPnOEBYgi

— Neymar Jr (@neymarjr) May 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tujuannya adalah untuk bersedia apabila kelab memberikan petanda untuk kembali meneruskan aktiviti, jadi saya boleh beraksi dalam kondisi terbaik.
"Sudah pasti saya merindukan kejohanan tetapi Rica sedang merangka perancangan yang saya perlu sentiasa patuhi," katanya.
Neymar menjaringkan 18 gol daripada 22 perlawanan bersama PSG musim ini tetapi sedang hangat dikaitkan untuk menyertai Barcelona.
#Neymar #Ligue 1 #Paris Saint-Germain