Julian Nagelsmann pasti isu sama ada akan divaksin atau tidak akan mengganggu keharmonian Bayern Munich tetapi mahu mengelak keputusan dalaman daripada bocor kepada pihak media.

Bayern tanpa Joshua Kimmich dalam kekalahan mengejut Bundesliga kepada Augsburg, Sabtu lalu, kerana dia terpaksa dikuarantin selepas mempunyai kontrak rapat dengan kes positif COVID-19 selain belum sedia divaksin kerana mahukan kepastian lebih lanjut terhadap ujiannya.

Serge Gnabry, Jamal Musiala, Eric-Maxim Choupo-Moting dan Michael Cuisance turut dikuarantin selepas mempunyai kontrak rapat dengan individu positif yang ada hubungan rapat dengan pasukan.

Sejak itu, akhbar media Jerman, Bild, mendedahkan Bayern akan menahan gaji pemain-pemain yang terlepas perlawanan akibat dikuarantin seandainya mereka tidak mengambil vaksin dan melaporkan beberapa anggota skuad sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap langkah sedemikian.

Bagaimanapun, pengurus itu tidak menganggap isu berkenaan menyebabkan perpecahan dalam pasukan.

Bercakap sebelum perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Dinamo Kiev, awal pagi esok, dia berkata: "Selalunya memang akan timbul perbezaan pendapat.

"Dalam pasukan seperti ini, semua orang perlu bersatu. Saya tidak fikir ia akan memecahbelahkan pasukan ini, kami perlu matang.

"Dengan tidak divaksin, mereka berkemungkinan akan gagal. Tetapi kami perlu bersatu hati, kami harus matang mengenainya.

"Anda sering bercakap jika seseorang itu positif, anda perlu dikuarantin seperti individu yang tidak divaksin.

"Pemain baik-baik saja, mereka sedang diuji. Josh boleh pulang lebih awal daripada yang lain kerana dia dikuarantin terlebih dahulu."




Bagaimanapun, Nagelsmann menambah bahawa perkara seperti itu harus sentiasa menjadi perkara dalaman dan tidak dimainkan di akhbar.

"Sudah tentu saya tidak gembira ada maklumat dalaman yang bocor, ia tidak memberi manfaat. Ia juga mengenai perkara peribadi," tambahnya.

"Terlalu banyak perkara yang dibocorkan. Tetapi ia tidak menjejaskan kejayaan kami. Lebih baik jika ia ditutup sedikit.

"Saya lebih seronok apabila segala-galanya berjalan ke arah yang betul. Tetapi kami tidak boleh menjadikan topik ini terlalu besar, setiap kelab mempunyai masalah ini. Kami tidak boleh terlalu mewar-warkan isu ini kepada warga sukan.

"Kami telah bergerak ke depan dalam soal nilai statistik. Seminggu yang lalu kami diraikan. Perkara seperti ini telah menjadi sebahagian daripada FC Bayern selama bertahun-tahun."

Menjelang pertemuan dengan Dinamo, Dayot Upamecano bakal menjalani penggantungan sementara Kinglsey Coman dan Marcel Sabitzer dalam keraguan gara-gara kecederaan.

Niklas Sule dan Josip Stanisic sebaliknya akan menghadapi ujian kecergasan lewat selepas diuji negatif pandemik itu.