Covid-19: Kami terdedah hingga saat akhir, kata Godin

Muzaffar Musa
Mac 29, 2020 02:35 MYT
Pertahanan Inter Milan, Diego Godin, berasa terdedah kepada wabak Covid-19 sehingga saat-saat akhir sambil berkata Serie A cuba meneruskan saingan mereka sehingga ia berada di luar kawalan.
Serie A ditunda pada 9 Mac lalu berikutan pandemik Covid-19, yang amat menjejaskan Itali.
Sehari sebelum itu, Inter tewas 0-2 kepada Juventus dan pada 12 Mac lalu, pemain pertahanan, Daniele Rugani, disahkan positif Covid-19.
Godin berkata terdapat desakan untuk bola sepak diteruskan sehingga situasi tidak lagi berada dalam kawalan.
"Kami terdedah hingga saat-saat akir, mereka terus bermain tarik tali untuk melihat jika anda boleh bermain sehingga situasi menjadi tidak terkawal," katanya kepada ESPN.
"Sistem kesihatan musnah, tiada katil rawatan rapi untuk digunakan ramai pesakit yang kritikal dan mereka yang memiliki masalah kesihatan lain tidak dapat menggunakannya, terlalu banyak doktor profesional (terjejas)."

#yomequedoenmicasa #iorestoacasa pic.twitter.com/FqZtT2WexE

— Diego Godín (@diegogodin) March 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Godin menambah: "Kami terus bermain selama beberapa minggu, kami terus berlatih, bermain di stadium tertutup sehingga sorang pemain Juventus didapati positif dan seluruh pemain Juventus dikuarantin.
"Selepas itu kejohanan dihentikan. Sudah pasti ada pemain yang sudah terjangkiti, jadi mereka mengkuarantin kami semua," katanya.
Itali merekodkan lebih daripada 92,400 kes positif dengan 10,023 kematian dilaporkan.
#Serie A #Inter Milan #Diego Godin #Covid-19