Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mendedahkan bahawa pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Filipina dan Myanmar untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ia bagi menggantikan perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 27 Mac ini yang berkemungkinan akan ditangguhkan kerana kebimbangan wabak Covid-19.

"Kami sedang berbincang dengan negara-negara jiran yang mungkin lebih senang untuk datang ke Malaysia berbanding negara lain.

"Kami telah berhubung -- bukan secara langsung -- dengan negara-negara jiran dan akan melihat kesediaan mereka memandangkan jika ada ruang untuk mengadakan perlawanan persahabatan sepanjang bulan ini, mereka juga mungkin sedang mencari pasukan," katanya.