Dua individu berkaitan Liga Kejuaraan disahkan positif coronavirus dalam ujian terbaru selepas diumumkan oleh Liga Bolasepak Inggeris (EFL).

Keputusan itu menyaksikan penurunan daripada dua ujian sebelum ini, di mana menjadi jumlah keseluruhan kepada 19 kes positif.

Salah satu ujian positif hadir daripada Barnsley selepas disahkan oleh The Tykes sambil kelab itu mengesahkan individu tersebut selamat.

Ujian kali ini melibatkan 1,179 sampel, bermakna sebanyak 5,000 ujian telah dijalankan terhadap pemain dan staf pasukan bagi Liga Kejuaraan sejak 21 Mei lalu.

"Susulan keputusan terbaru daripada ujian, EFL mengesahkan seramai 1,179 pemain dan staf kelab daripada 24 kelab Kejuaraan telah diuji sejak 3 hingga 6 Jun dan dua individu daripada dua kelab," kata wakil EFL.

"Pemain dan staf kelab yang diuji positif itu kini akan menjalani proses kuarantin mengikut garis panduan EFL dan mereka yang negatif dibenarkan menyertai pusat latihan."

Liga Kejuaraan dijadualkan bersambung pada 20 Jun ini, tiga hari selepas Liga Perdana Inggeris dijalankan.