Covid-19: Dybala disahkan positif

Ammar Hakim
Mac 22, 2020 00:29 MYT
Bintang Juventus, Paulo Dybala, disahkan positif Covid-19 ketika pandemik itu terus menular di seluruh dunia.
Penyerang Argentina itu merupakan pemain Bianconeri ketiga yang disahkan positif selepas Daniele Rugani dan Blaise Matuidi.
Dybala menerusi Instagram mengesahkan dia dan teman wanitanya, Oriana Sabatini -- pemain Argentina, pelakon dan model, anak saudara kepada juara Terbuka AS 1990, Gabriela Sabatini -- turut disahkan positif namun menyatakan berada dalam kondisi yang baik.
"Hai semua, saya mahu memberitahu bahawa saya dan Oriana telah disahkan positif Covid-19. Kami sangat berusaha kerana berada dalam keadaan yang terbaik. Terima kasih di atas sokongan anda semua."

Hi everyone, I just wanted just to inform you that we have received the results for the Covid-19 test and both Oriana and I have tested positive. Luckily we are in perfect conditions. Thanks for your messages.

— Paulo Dybala (@PauDybala_JR) March 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kenyaaan yang dikeluarkan Juve, "Paulo Dybala telah menjalani ujian perubatan dan ia mendedahkan dia telah positif COVID-19.
"Dia akan mengikut arahan pengasingan diri di rumah sejak 11 Mac lalu. Kami akan terus memantau keadaannya.
Saingan sukan di seluruh dunia telah dihentikan ekoran penularan wabak tersebut, yang telah mengakibatkan kematian hampir 13,000 orang di seluruh dunia. Itali memiliki 53,578 sah positif dan 4,825 kematian.
#Juventus #Paulo Dybala #Serie A