Thibaut Courtois, Eduardo Camavinga, Federico Valverde dan Vinicius Junior telah diuji positif COVID-19, perkara itu disahkan Real Madrid.

Pendahulu LaLiga, Real terpaksa berhadapan dengan beberapa kes positif dalam skuad mereka sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dan berkemungkinan akan kehilangan empat pemain lagi untuk sekurang-kurangnya dua perlawanan pembukaan mereka pada 2022.

Real mengeluarkan kenyataan ringkas pada hari Rabu mengesahkan Courtois, Camavinga, Valverde dan Vinicius adalah pemain terbaru yang diuji positif.

Los Blancos berdepan Getafe dalam LaLiga pada 2 Januari, sebelum bertandang ke Alcoyano dalam Copa del Rey tiga hari kemudian.

David Alaba dan Isco disahkan positif coronavirus pada 21 Disember, menjadikan jumlah pemain Real dijangkiti penyakit itu kepada lapan dalam masa seminggu.

Luka Modric dan Marcelo telah menjalani kuarantin bermula 15 Disember, dan Gareth Bale, Marco Asensio, Rodrygo dan Andriy Lunin kemudian diuji positif pada hari berikutnya, termasuk dengan anak Carlo Ancelotti dan pembantu teknikal, Davide.

Ketika Valverde dan Camavinga telah melakukan 15 penampilan dalam kesebelasan utama musim ini bagi saingan LaLiga, penjaga gol, Courtois, dan Vinicius telah beraksi 19 kali dalam aksi liga.

Real akan berharap untuk mengalu-alukan kembali pemain tepat pada masanya untuk perlawanan di tempat sendiri menentang Valencia 8 Januari ini.