Covid-19: Carragher tolak cadangan saingan musim ini dibatalkan

Shaiful Shamsudin
Mac 15, 2020 01:26 MYT
Jamie Carragher mengkritik cadangan Naib Pengerusi West Ham, Karren Brady, supaya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini harus 'dibatalkan' berikutan pandemik koronavirus baru (Covid-19).
Wakil kelab-kelab terkemuka akan bertemu minggu depan bagi membincangkan langkah-langkah seterusnya selepas pengumuman kelmarin memutuskan tiada perlawanan akan dilangsungkan sekurang-kurangnya sehingga 3 April depan.
Menulis di ruangannya dalam The Sun, Brady menganggap pembatalan Liga Perdana musim ini, iaitu dua bulan lebih awal merupakan tindakan yang terbaik dan ini bermakna Liverpool akan kehilangan gelaran.

Have a look at Klopp’s comments compared to Karren Brady’s ?‍♂️ Whats fair is to finish the season for teams in every league when the ⚽️ is allowed to start again. The ⚽️ authorities found a way to put a World Cup in the middle of a season so I’m sure they can sort next season out. https://t.co/Oe1risTTwc

— Jamie Carragher (@Carra23) March 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liverpool sedang menerajui puncak menerusi berkelebihan 25 mata dengan Manchester City sambil pengurus The Reds, Jurgen Klopp, akur dengan keputusan untuk menggantung kesemua perlawanan tatkala kematian akibat Covid-19 semakin meningkat.
Penyampai televisyen, Piers Morgan, turut menyatakan sokongannya terhadap pandangan Brady itu di Twitter, tetapi bekas pemain pertahanan Liverpool, Carragher, mempunyai pandangan berbeza ketika mengulas cadangan berkenaan.
"Sila lihat ulasan Klopp berbanding Karren Brady," katanya disertai dengan satu emoji muka merah padam.
"Apakah langkah adil untuk menamatkan musim ini buat semua pasukan tatkala setiap liga dibenarkan menyambung saingan.
"Pihak penganjur bola sepak telah mempunyai cara untuk mengadakan Piala Dunia pada pertengahan musim jadi saya yakin mereka boleh menyusun (jadual) musim depan."
Ulasan Brady itu dibuat kerana West Ham kini di tangga ke-16 EPL untuk menyamai mata dengan pasukan di tempat ke-17 dan 18, Watford dan Bournemouth.4
#Jamie Carragher #EPL #Covid-19