COVID-19: Bintang Croatia Brozovic diuji positif

Muzaffar Musa
November 14, 2020 03:05 MYT
Pemain tengah Inter Milan, Marcelo Brozovic, diuji positif koronavirus ketika menjalankan tugasan antarabangsa bersama Croatia.
Persatuan Bolasepak Croatia (HNS) mengumumkan keputusan ujian saringan Brozovic itu bersama seorang lagi staff pasukan itu semalam sambil mengesahkan pemain itu sedang menjalani pengasingan kendiri.
Ujian tambahan itu diadakan menjelang perlawanan menentang Sweden dalam Liga Negara-Negara Eropah malam ini selepas pertahanan Croatia, Domagoc Vida, diuji positif di Istanbul pada Rabu lalu.
"Keputusan ujian itu menunjukkan dua keputusan positif melibatkan pemain pasukan kebangsaan, Marcelo Brozovic, dan seorang staf pasukan kebangsaan," kata kenyataan itu.
"Kedua-dua mereka segera diasingkan daripada ahli lain pasukan kebangsaan. Inter sudah dimaklumkan mengenai keputusan positif ujian itu."

ℹ️ Rezultati dodatnog testiranja hrvatske reprezentacije na SARS-CoV-2 pokazali su dva pozitivna nalaza, Marcelu Brozoviću i članu šireg stožera, kod kojeg je izgledno da se radi o pozitivnom nalazu uslijed stare infekcije (produljena pozitivnost). ➡️ https://t.co/RrSg92XQd4

— HNS (@HNS_CFF) November 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Vida dimaklumkan mengenai keputusan positifnya sewaktu perlawanan menentang Turki pertengahan minggu ini.
Pemain berusia 31 tahun itu beraksi dalam babak pertama sebelum dikeluarkan pada separuh masa perlawanan yang terikat 3-3 itu.
Croatia -- naib juara Piala Dunia 2018 -- berada di tangga ketiga Kumpulan A Liga 3 dengan ketinggalan tujuh mata di belakang Portugal dan Perancis.
Brozovic melakukan tujuh penampilan dalam Serie dan 10 dalam kesemua kejohanan musim ini selain menjaringkan satu gol buat Inter.
Inter -- yang gagal mencipta sebarang kemenangan daripada empat perlawanan terakhir -- kini menduduki tangga ketujuh Serie A dengan lima mata di belakang pendahulu, AC Milan, menjelang pertembungan di Turin pada 22 November ini.
#Croatia #Serie A #Inter Milan #Liga Negara-Negara Eropah #Marcelo Brozovic