Xavi sudah pulih daripada koronavirus dan akan kembali bertugas di Al Sadd, demikian disahkan bekas bintang Barcelona berkenaan.

Pengurus berusia 40 tahun itu mengesahkan bahawa dia seblum ini diuji positif COVID-19 dan terpaksa meninggalkan kelab Qatar itu buat seketika.

Ia bermakna dia tidak dapat melatih pasukan itu dalam perlawanan Stars League menentang Al Khor tetapi mengesahkan dalam Instagram bahawa dirinya sudah kembali pulih.

Bekas pemain tengah Sepanyol itu, yang kerap dikaitkan dengan kepulangan ke Camp Nou bagi menggantikan ketua jurulatih, Quique Setien, mengirimkan gambar yang menunjukkan bahawa dia sudah kembali ke pangkuan keluarganya dan bertugas.

Dalam kiriman itu, Xavi mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di atas kata-kata semangat yang diberikan mereka ketika dia mengumumkan bahawa dirinya sah dijangkiti koronavirus sambil menambah: "Saya mahu berkongsi bahawa saya sudah pulih dan sudah bersama keluarga saya di rumah dan pasukan @alsaddsc".

Dalam satu kiriman instagram berasingan, Al Sadd turut memaparkan gambar Xavi sudah kembali menjalankan tugasnya bersama kelab itu dengan memakai pelitup separuh muka sambil mengalu-alukan kedatangan pemain baru, Rodrigo Tabata, ke kelab itu.

Moltíssimes gràcies per tots els missatges i les mostres d'afecte que he rebut durant aquests dies. Vull compartir amb vosaltres que estic recuperat i de tornada a casa amb la meva família i l'equip @alsaddsc ?‍?‍?‍?⚽ ____ Muchísimas gracias por todos los mensajes y las muestras de cariño que he recibido durante estos días. Quiero compartir con vosotros que estoy recuperado y de vuelta en casa junto a mi familia y el equipo @alsaddsc ?‍?‍?‍?⚽ ____ Thank you so much for all the caring messages that I’ve received during these days. I want to share with you that I’m recovered and back home with my family and the @alsaddsc team ?‍?‍?‍?⚽

A post shared by Xavi (@xavi) on