Covid-19: Arteta semakin sihat

Shaiful Shamsudin
Mac 14, 2020 00:35 MYT
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, "sudah berasa lebih baik" selepas didapati positif koronavirus baru (Covid-19) sambil mengucapkan terima kasih kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana menangguhkan perlawanan.
Semalam, kelab London itu mengesahkan Arteta telah dijangkitan wabak tersebut hingga memaksa mereka menutup pangkalan latihan di London Colney.
Pihak pengurusan Liga Perdana telah mengadakan pertemuan kecemasan semalam selepas mendapat perkhabaran itu dan memutuskan untuk menggantung semua perlawanan sehingga 3 April depan.

Thanks for your words and support.Feeling better already.We’re all facing a huge & unprecedented challenge.Everyone’s health is all that matters right now.Protect each other by following the guidelines & we’ll come through this together.Well done PL for making the right decisions pic.twitter.com/0rnwHmQWha

— Mikel Arteta (@m8arteta) March 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Arteta menggunakan laman sosial Twitter untuk menawarkan perkembangan terbaru mengenai keadaannya sambil menuntut perpaduan semua dalam menangani pandemik Covid-19 yang "belum pernah terjadi sebelum ini".
"Terima kasih atas kata-kata dan sokongan anda," katanya. "Keadaan saya bertambah baik, kita semua sedang menghadapi cabaran yang besar dan tidak pernah berlaku.
"Lindungi antara satu sama lain dengan mengikuti garis panduan dan kita akan mengatasinya bersama-sama. Syabas Liga Perdana atas tindakan yang betul."
Kesemua perlawanan Serie A, Bundesliga, LaLiga dan Ligue 1 juga telah ditunda berikutan penyebaran Covid-19 yang terus mencetuskan kekacauan dalam kalendar sukan.
#EPL #Mikel Arteta #Covid-19