COVID-19: Aouar berdepan digugur wakili Perancis

Shaiful Shamsudin
Ogos 29, 2020 02:22 MYT
Houssem Aouar terpaksa menunggu lebih lama untuk membuat kemunculan pertamanya bersama Perancis selepas Lyon mengesahkan pemain tengah itu diuji positif COVID-19, seolah-olah memberi bayangan dia akan menarik diri daripada panggilan Les Bleus.
Pemain berumur 22 tahun itu menerima panggilan sulungnya buat skuad senior, kelmarin, setelah memberi aksi memberangsangkan dengan membawa Lyon ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Begitupun, semalam Lyon mengumumkan pemain itu dijangkiti pandemik berkenaan, hanya beberapa jam sebelum pertembungan Ligue 1 dengan Dijon namun dia tidak menunjukkan sebarang gejala.

Les 23 sélectionnés pour nos 2 prochains matchs de la Ligue des Nations ! ?? #FiersdetreBleus pic.twitter.com/bjpWNjXidj

— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) August 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain tengah yang bernilai tinggi itu, yang dikaitkan dengan beberapa kelab utama Eropah, telah dipesan supaya mengasingkan diri daripada menjalani latihan bersama pasukan utama selama 15 hari, bergantung kepada ujian masa depan.
Bagaimanapun, Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan Aouar yang mungkin terlepas perlawanan Liga Negara-Negara Eropah menentang Sweden dan Croatia pada 6 dan 9 September ini.
Kelab Ligue 1 itu juga mengesahkan bahawa jangkitan itu berlaku di luar kelab.
#Perancis #Lyon #Les bleus #Houssem Aouar #Covid-19