Philippe Coutinho telah menjaringkan gol ke-30 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi memintas Juninho untuk diangkat pemain Brazil paling prolifik di England.

Bintang Liverpool itu memintas bekas pemain Middlesbrough, Juninho, ketika menyamakan kedudukan dalam aksi berdepan Stoke di Stadium bet365, semalam.

Coutinho, yang berada di bangku simpanan kerana mengalami masalah kesihatan, memulakan saingan dalam babak kedua perlawanan dan meledak gol bagi membangkitkan semula semangat Liverpool.

Bekas pemain Inter itu meledak masuk gol pertama dalam EPL ketika menewaskan Swansea City 5-0 pada 17 Februari 2013.

Coutinho bakal mendapat saingan daripada rakan sepasukannya, Roberto Firmino, di masa akan datang selepas dia meledak gol ke-20 untuk memastikan kemenangan memihak kepada Liverpool.