Coutinho belum pasti ada masa depan bersama Barcelona

Ammar Hakim
Ogos 23, 2020 23:37 MYT
Philippe Coutinho masih belum pasti mengenai masa depannya menjelang bakal kembali ke Barcelona dari Bayern Munich.
Coutinho melengkapkan pinjamannya di Bayern dengan memenangi gelaran Liga Juara-Juara (UCL) selepas menang 1-0 ke atas Paris Saint-Germain dalam aksi final, awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Brazil itu dijangka membuat perpindahan secara tetap dari Barcelona, dengan bekas bintang Liverpool turut dikaitkan bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Coutinho, yang hadir daripada bangku simpanan ketika berdepan PSG, berkata dia tidak sabar-sabar untuk musim cemerlang bagi 2020-21 -- tetapi tidak pasti bersama pasukan mana.
"Saya masih belum fikirkan perkara ini. Saya perlu kembali dan mahu berusaha dengan lebih baik selepas ini," katanya kepada Movistar+.
"Saya tidak pasti jika saya akan beraksi di Barcelona."
Selepas Barca menamtikan musim 2019-20 tanpa sebarang gelaran, Coutinho menikmati treble bersama Bayern, yang mengatasi gergasi LaLiga itu 8-2 dalam suku akhir UCL.

Ole, ole, ole ? #MiaSanChampions pic.twitter.com/JrzLm4ebmj

— CHAMPIONS OF EUROPE ? (@FCBayernEN) August 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.